Suara

Peristiwa
27/2/23
Isu
Selangor
Tanah Runtuh

Astro Awani: Tanah runtuh Batang Kali: Kerajaan Selangor sedia dedah laporan kepada waris - MB

AMPANG JAYA: Kerajaan Selangor sedia mendedahkan laporan penuh tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor yang mengorbankan 31 nyawa, kepada waris mangsa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan terbabit sudahpun disediakan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Menurutnya, perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat untuk perbincangan lanjut.

"Laporan daripada JMG sudah disediakan. Kalau ada permohonan (daripada waris mangsa), kita boleh keluarkan secara bertulis.

"Insya-Allah, saya akan bawa ke mesyuarat Exco dalam masa terdekat untuk kenal pasti mana punca kuasanya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan waris mangsa tragedi tanah runtuh itu menggesa kerajaan segera mengeluarkan laporan penuh mengenai insiden tersebut.

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember lalu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, termasuk 13 kanak-kanak dan seorang bayi lelaki berusia setahun

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.