Astro Awani: Pembinaan Stadium Shah Alam di landasan tepat - Menteri Besar
MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumkan proses pembinaan semula Stadium Shah Alam di landasan tepat.
Beliau menegaskan, operasi perobohan dan permulaan kerja tanah bakal dijalankan tahun ini sepertimana yang dirancang dan dijangka bermula sekitar bulan depan.
Beliau turut memaklumkan pengumuman lanjut mengenai perkembangan terkini pembinaan semula Kompleks Sukan Shah Alam akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat.
Stadium baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada 2026 dengan kapasiti sekitar 35,000 hingga 45,000 penonton pada satu-satu masa.
https://www.facebook.com/search/top/?q=astro%20awani%20peristiwa%2016%20Julai%201994
"Kami di fasa terakhir dan akan umumkannya dalam masa terdekat (seperti tentang) bila ia akan bermula.
"Kami baru selesai mesyuarat, ada beberapa langkah yang perlu dibuat dan dilaksanakan.
"Tahun ini kerja-kerja perobohan akan dibuat dan permulaan kerja tanah.
"Kami memang patut umum bulan ini tapi perlu tunggu kelulusan," katanya dalam Program FitMalaysia Negeri Selangor di Kuala Langat, pada Sabtu. - Stadium Astro