Media

Peristiwa
30/5/24
Isu

Astro Awani: Pemain bola sepak, legenda dunia mula sertai kempen 'Eyes on Rafah'

BERIKUTAN tragedi yang sedang berlaku di Palestin, semua orang tidak kira di mana sedang bersatu menyatakan solidariti terhadap nasib yang menimpa rakyat di sana.

Tidak dilupakan, orang ternama seperti artis tempatan, pempengaruh media sosial, institusi kerajaan mahupun swasta dan orang atasan turut memberikan sokongan penuh terhadap apa yang berlaku.

Kini, gerakan tersebut semakin meluas dengan atlet antarabangsa mula mempromosikan kempen itu demi menyelamatkan seluruh penduduk Palestin daripada kekejaman Israel.

Legenda bola sepak dunia, David Beckham dan Eric Cantona, antara yang bersuara menyebarkan agenda ke satu dunia untuk menghentikan keganasan supaya tiada lagi orang tidak bersalah terutamanya wanita dan kanak-kanak dibunuh secara beramai-ramai.

Selain itu, nama-nama lain seperti Marcus Thuram, Jerome Boateng, William Saliba, Lewis Hamilton (Formula Satu) dan ramai lagi memuat naik tentang kempen 'Eyes on Rafah' mendesak pemimpin dunia untuk campur tangan hal itu

Perihal salah laku negera haram, Israel, harus dihukum apabila hampir semua orang sedang menolak kegiatan Zionis itu. - Stadium Astro

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.