Media

Peristiwa
30/8/23
Selangor

Astro Awani: Pameran Penerbangan Selangor 2023 bakal tarik lebih 20,000 pengunjung

KUALA LUMPUR: Invest Selangor Berhad menjangkakan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2023 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September dapat menarik lebih 20,000 pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd Datuk Hasan Azhari Idris berkata program ini merupakan platform rangkaian untuk pemain industri aeroangkasa, terutama peneraju perniagaan serta penerbangan am memperkasa semula perniagaan mereka di rantau ini

This is a general aviation show... kali ketiga yang kita adakan dan tahun ini akan berlangsung di tempat yang sama Skypark RAC Bukit Jelutong dan berlangsung 7 hingga 9 september 2023

“Sasaran tahun ini dari segi penyertaan kita telah mencapai sasaran kita iaitu 114 pempamer melibatkan enam negara," katanya.

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Denmark, Singapura, dan Hong Kong dan menempatkan 41 pameran pesawat statik.

Beliau juga menjangkakan potensi transaksi bernilai RM700 juta pada SAS dengan sasaran lebih 10 memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan di lokasi pameran antaranya drone race, drone soccer termasuk peraduan mewarna.

Beliau memaklumkan, rancangan penganjuran program seterusnya akan diteliti semula sama ada untuk meneruskan di lokasi sama atau diadakan di lokasi baharu.

Sementara itu, beliau turut menasihati pengunjung yang ingin datang ke pameran agar menggunakan pengangkutan e-hailing atau bas yang disediakan penganjur memandangkan tiada parkir disediakan di Skypark RAC.

Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari media sosial SAS 2023 di Facebook, Instagram dan Linkedln @selangoraviationshow serta Twitter @SelAviationShow.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.