Media

Peristiwa
21/8/23
Selangor
Bantuan

Astro Awani: LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini

Berita terbit di astroawani.com pada 20 Ogos 2023.

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Beliau berkata zakat perniagaan mempunyai peranan yang besar dalam sumbangannya kepada kutipan zakat di Selangor, dan ia dapat dilihat menerusi jumlah keseluruhan zakat yang dikutip sepanjang tahun lepas, yang menyaksikan zakat perniagaan menyumbang RM166 juta, iaitu kedua tertinggi selepas zakat pendapatan.

"Selangor mempunyai ribuan entiti perniagaan, sama ada bersifat perniagaan persendirian, syarikat perkongsian, koperasi dan sebagainya, dan LZS sentiasa menyasarkan peningkatan dalam kutipan zakat perniagaan saban tahu

"Mengikut data yang kami terima, terdapat kira-kira 40 peratus lagi syarikat yang berpotensi di Selangor untuk menunaikan zakat perniagaan mereka," katanya semasa berucap di program CEO RUN LZS di Dataran Shah Alam, pada Ahad.

Dalam program pada Ahad juga Mohd Sabirin berkata LZS telah menerima zakat perniagaan dari tiga syarikat yang keseluruhannya berjumlah RM2,899,939.

"Kumpulan Mohamed Nazir bin Meraslam menyerahkan zakatnya berjumlah RM2,198,000, diikuti MIDF Amanah Investment Bank Berhad sebanyak RM450,000 dan Kumpulan Felda Global Ventures (FGV) yang menyerahkan zakat perniagaan RM251,939," katanya.

Sementara itu Sabirin berkata dua individu menerima agihan zakat berjumlah RM191,000 yang membabitkan bantuan bagi pembinaan rumah baharu buat Adnan Suamin, dan bantuan sewa rumah serta sumbangan kewangan bulanan kepada Muhamad Zamri Maimun.

"Selain itu, LZS menyalurkan bantuan baik pulih sekolah sebanyak RM50,000 kepada Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi At-Taufiqiah," katanya.

-- BERNAMA


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.
Made in Webflow