Inisiatif

Peristiwa
9/7/24
Selangor

Astro Awani: Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi

KUALA LANGAT: Jejambat Bandar Saujana Putra (BSP) telah dibuka secara rasmi pada Ahad untuk kegunaan orang awam.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.

Katanya, jejambat sepanjang 820 meter yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dengan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dibina untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang membelenggu pengguna kedua-dua lebuh raya dan penduduk sekitar.

Beliau berkata, jejambat itu akan memberi manfaat terutama kepada penduduk 4,000 rumah di kawasan Bandar Saujana Putra dan kawasan sekitarnya.

Jelasnya lagi, kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan terhadap kesejahteraan rakyatnya.

Pelancaran jejambat Bandar Saujana Putra itu juga diharapkan akan meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas.

Sebelum ini, beliau mengumumkan peruntukan kira-kira RM60 juta untuk pembinaan jejambat baharu ini bagi mengurangkan masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Amirudin juga sebelum ini menyatakan bahawa projek berkenaan dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 65,000 penduduk dan pengguna SKVE serta ELITE dari arah Bandar Saujana Putra.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.