Inisiatif

Peristiwa
6/12/23
Selangor

Astro Awani: Aplikasi Selangkah mudahkan pengguna perkhidmatan DRT

SELANGKAH merupakan salah satu aplikasi yang disokong kerajaan negeri Selangor untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Terbaru, melalui kemas kini aplikasi Selangkah, ia turut menyertakan ciri menarik dalam memudahkan pengguna mendapatkan pengangkutan yang menghubungkan pengguna ke lokasi stesen atau pengangkutan awam terdekat.

Perkara ini dijayakan hasil kerjasama Trek Rides.

Trek Rides menyediakan perkhidmatan DRT (Demand Responsive Transit) dalam bentuk van atau bas mini yang memudahkan pengguna ke perkhidmatan pengangkutan awam terdekat.

Ini sekali gus menyasarkan untuk mengatasi masalah perhubungan “last-mile” yang dihadapi ramai penduduk pada masa kini.

Melalui Trek, ia menyasarkan untuk menggunakan pelbagai data dan menghubungkan pengguna ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan awam – dengan harga berpatutan.

Trek Rides beroperasi di beberapa lokasi sahaja pada hari ini, iaitu di Puchong dan Ampang.

Pengguna boleh melakukan tempahan dan menaiki khidmat DRT yang disediakan melalui van antara 7 pagi ke 9 malam, dengan tambang RM2 sehala.

Untuk integrasi pada aplikasi Selangkah, ia masih pada fasa awal.

Melalui kemas kini terbaru, aplikasi Selangkah sekadar menyediakan ikon Trek yang membawa pengguna ke aplikasi Trek terpasang pada peranti.

Namun, dengan kerjasama bersama pihak Selangkah, ia dijangka mengintegrasikan sokongan tempahan terus ke dalam Selangkah pada masa akan datang.

Bagi anda yang menetap di Selangor, boleh cuba memuat turun aplikasi Selangkah hari ini melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.