Media

Peristiwa
13/9/23
Isu
Selangor
Air

Astro Awani: Air Selangor mohon pelanggan dapatkan informasi terkini melalui media sosial rasmi

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meminta pelanggan supaya mendapatkan informasi sahih dan terkini berkaitan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf loji rawatan air (LRA) melalui media sosial rasmi dan laman sesawang syarikat itu.

Air Selangor dalam hantaran di Facebook memaklumkan video kerja-kerja pembaikan di LRA milik syarikat itu pada 2021 yang diulang siar dan tular menerusi media sosial baru-baru ini, telah memberi kesan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ingin kami tekankan dan ingatkan kepada para pelanggan dan pengguna bahawa sebarang informasi sahih dan terkini mengenai kerja-kerja pembaikan dan naik taraf loji rawatan air kami adalah melalui media sosial rasmi Air Selangor dan laman sesawang kami.

"Pastikan benar, baru sebar," menurut Air Selangor.

-- BERNAMA


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.