Arus Merah Kuning
Arus Merah Kuning menyemarak semangat perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat Negeri Selangor yang inginkan kestabilan dan kemakmuran berterusan.
Inilah kerajaan yang telah terbukti prihatin rakyat, terbukti membangun ekonomi dan terbukti menjaga kebajikan rakyat.
Hari ini, Selangor mencatat sejarah dengan sumbangan terbesar kepada ekonomi negara dengan 25.5 peratus. Ini adalah bukti bahawa Pakatan Harapan satu gagasan yang terbukti stabil, terbukti berkesan dan terbukti berwawasan.