Inisiatif

Peristiwa
21/12/23

Anugerah Perdana Tokoh Kepimpinan Muda Cemerlang Dalam Memartabatkan Pembangunan Buku Negara

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, saya menerima Anugerah Perdana Tokoh Kepimpinan Muda Cemerlang Dalam Memartabatkan Pembangunan Buku Negara yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis Anugerah Buku Negara 2023 yang diadakan di UPSI hari ini.

Ini adalah pengiktirafan buat usaha Kerajaan Negeri Selangor yang sentiasa mengutamakan agenda memartabatkan ilmu dan pendidikan bagi mengangkat harakat kehidupan rakyat menerusi terjemahan karya agung, diskusi ilmu, termasuk penganjuran pesta buku yang memberi impak kepada pembaca dan penerbit. Bukan itu sahaja, penggal ini Kerajaan Negeri Selangor telah mula memberi baucar buku kepada penuntut universiti dalam Selangor dan Lembah Klang yang akan dilebar serta diperhebat.

Insya-Allah, anugerah ini akan terus menjadi pemangkin untuk Selangor terus memantapkan usaha sebagai pusat perkembangan ilmu seumpama Baitul Hikmah di zaman Khalifah Abbasiyah.

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.