Inisiatif

Peristiwa
7/9/23

Anugerah disampaikan kepada cicit saudara tokoh gemulah Leftenan Adnan Saidi

Dari Ogos hingga 16 September, seluruh rakyat Malaysia dengan penuh rasa cintakan negara meraikan semangat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Kemerdekaan yang kita capai dan rasai kini tidak hanya datang bergolek tanpa pengorbanan, keringat dan air mata. Antaranya ialah kisah keperwiraan Leftenan Adnan Saidi melawan askar Jepun hingga ke titisan darah terakhir.

Allahyarham Leftenan Adnan bin Saidi adalah anak jati negeri Selangor yang lahir di Kampung Sungai Ramal. Beliau memimpin Rejimen Askar Melayu Diraja yang mempertahankan Tanah Melayu dari ditawan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kerajaan Negeri Selangor menghargai jasa dan pengorbanan ini dengan menobatkan Leftenan Adnan Saidi sebagai Tokoh Kemerdekaan Selangor.

Alhamdulillah, anugerah telah disampaikan kepada cicit saudara tokoh gemulah Leftenan Adnan Saidi, Mohd Asrul Halim Ahmad.

Keberanian dan kepahlawanan Leftenan Adnan yang berjuang habis-habisan menentang tentera Jepun hingga ke titisan darah terakhir akan terus dikenang sampai bila-bila.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghayati dan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu serta memahami asal usul sejarah kemerdekaan tanah air.

Negaraku,

#KitaSelangor

#Merdeka66

May be an image of 10 people and text
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.