Inisiatif

Peristiwa
1/10/24

Amirudin Shari Umum Task Force Baru: Fokus Jaga Kebajikan Anak-Anak Mangsa GISBH

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor dalam Menjaga Kebajikan Anak-Anak Mangsa Operasi Op Global

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan penemuan dan penangkapan yang berkaitan dengan Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH), melalui operasi yang dikenali sebagai Op Global. Kes ini telah menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuk DYMM Sultan Selangor yang menzahirkan titah agar isu ini disiasat dengan teliti dan segera.

Saya telah meluangkan masa untuk melawat sebuah rumah perlindungan yang menempatkan lebih 400 orang anak-anak yang diselamatkan daripada operasi ini. Dalam lawatan tersebut, saya menerima taklimat menyeluruh daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Encik Azmir Kassim, dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM, Puan Wan Noraidah Wan Mohd Zain.

Kerajaan Negeri Selangor mengambil beberapa langkah penting untuk memastikan kebajikan anak-anak ini terjaga dengan baik:

1. Penubuhan Jawatankuasa Kerja (Task Force) yang akan disertai oleh pihak seperti JKM, PDRM, dan agensi kerajaan negeri untuk menyelaras dan memantau keperluan anak-anak ini. Saya turut mengarahkan EXCO berkaitan untuk menyertai Task Force ini.

2. Yayasan MBI akan menyelaras bantuan asas kepada anak-anak ini, khususnya untuk bayi dan anak-anak OKU.

3. JAIS dan agensi kerajaan lain akan memberikan bantuan tenaga kerja sukarelawan untuk aktiviti, terapi, dan program yang membantu meningkatkan kesejahteraan mereka.

Saya menekankan bahawa JKM dan PDRM harus diberikan ruang untuk melaksanakan tugas mereka mengikut lunas undang-undang, dan kebajikan anak-anak ini perlu diberikan keutamaan, terutamanya dari segi kesihatan mental dan pendidikan mereka.

Anak-anak ini adalah amanah dari Allah SWT, yang perlu kita pelihara dengan kasih sayang. Mereka adalah masa depan negara yang suatu hari nanti akan menjadi pemimpin. Semoga segala urusan ini dipermudahkan, Insya-Allah.

#AmirudinShari

#GlobalIkhwan

#GISBH

#SultanSelangor

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.