Inisiatif

Peristiwa
2/10/24
Isu
Selangor

Amirudin Shari Sedia Penuhi Cabaran Rafizi Ramli untuk Ekonomi Selangor!

Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Selangor: Memacu Pertumbuhan Ekonomi Negara

Saya berkesempatan menghadiri Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) anjuran Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), yang diadakan di Pusat Konvensyen MBSA. Program ini menampilkan komitmen kuat dari Kementerian Ekonomi di bawah kepimpinan YB Rafizi Ramli, yang telah memilih Selangor sebagai negeri pertama melaksanakan SLU RMK13 di peringkat negeri.

Dalam perancangan dan perbincangan yang melatari RMK13, beberapa perkara penting dibincangkan, termasuk kedudukan dan kapasiti Selangor untuk menyumbang 25.9% kepada ekonomi negara dan menjadi negeri pertama yang nilai ekonominya mencecah RM406.1 bilion.

Dalam ucapan saya, saya menyatakan kesediaan penuh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyahut cabaran YB Rafizi Ramli agar terus meningkatkan nilai aktiviti ekonomi negeri ini, sekaligus memacu pertumbuhan melalui sumbangan GDP yang lebih besar. Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Ekonomi bakal menjadi pemangkin kepada kejayaan Rancangan Selangor Kedua dan pelaksanaan RMK13 di masa hadapan.

Insya-Allah, dengan sinergi yang baik, Selangor akan terus menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi negara.

#AmirudinShari

#RMK13

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.