Inisiatif

Peristiwa
27/9/24
Isu
Negara

Amirudin Shari dan Onn Hafiz Ghazi: Inspirasi Anak Muda Untuk Masa Depan Negara!

Mendengar Aspirasi Anak Muda Johor: Bersama YAB Menteri Besar Johor di Kluang

Hari ini, saya turut serta bersama anak-anak muda Johor dalam program Aspirasi Anak Muda Bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi di Kluang, Johor. Program ini menjadi platform penting untuk berkongsi aspirasi dan agenda kerajaan dalam pembangunan belia, sekaligus membuka ruang kepada anak-anak muda untuk bertanya soalan dan memberi pandangan secara langsung kepada YAB Menteri Besar Johor.

Program yang penuh semangat ini turut dihadiri Saudara Syed Hussein, calon Barisan Nasional PRK N.29 Mahkota. Kehadiran beliau menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mendengar suara generasi muda dan meletakkan mereka sebagai tonggak penting dalam mencorak masa depan negara. Keputusan untuk mencalonkan seorang anak muda seperti Syed Hussein di Mahkota mencerminkan keyakinan dan kepercayaan kerajaan terhadap bakat dan potensi generasi muda.

Kerajaan Perpaduan yakin bahawa anak-anak muda adalah kunci kepada masa depan yang lebih gemilang. Dengan sokongan dan peluang yang diberikan, kita dapat melihat lebih ramai anak muda berjaya mengubah landskap sosial, ekonomi, dan politik negara.

Insya-Allah, bersama-sama kita akan membina masa depan yang lebih cemerlang di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Marilah kita teruskan semangat perpaduan dan kepercayaan kepada generasi muda yang akan memimpin kita ke arah kejayaan!

#AmirudinShari

#OnnHafizGhazi

#MenteriBesarSelangor

#MahkotaKita

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.