Amanat khas kepada seluruh anggota pentadbiran dan penjawat awam Negeri Selangor.
Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri Malaysia atas amanat khas kepada seluruh anggota pentadbiran dan penjawat awam Negeri Selangor.
Insya-Allah Kerajaan Negeri Selangor akan terus meningkatkan usaha dan ikhtiar demi rakyat dan tanahair tercinta.
Kemajuan dan kemakmuran Selangor akan terus ditingkatkan menerusi kerjasama erat Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Negeri.
Kehadiran dan sokongan memberangsangkan para penjawat awam Selangor petang ini bukti sokongan padu kepada gagasan Malaysia MADANI dan Kita Selangor demi mengangkat martabat rakyat dan negara.