PERPUSTAKAAN KHAS KANAK-KANAK ISTIMEWA DI SELANGOR
Ilham DYMM Sultan Selangor untuk mendirikan sebuah perpustakaan yang turut menyediakan kemudahan dan aktiviti kepada kanak-kanak istimewa bakal direalisasikan. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal melaksanakannya di Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B, Shah Alam.