Inisiatif

Terkini
24/3/22
Isu
Banjir
Bantuan
Belanjawan Selangor 2021

Selangor Kini: Pembersihan pascabanjir fasa dua siap 80 peratus, selesai hujung Mac

SHAH ALAM, 22 MAC: Operasi pembersihan pascabanjir fasa dua kini mencapai 80 peratus, kata pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Ramli Mohd Tahir berkata kawasan yang selesai sepenuhnya pembersihan ialah Subang Jaya, Puchong, Kg Sri Aman, Kg Tengah, Kg Sg Baru, Kg Kenangan dan Sri Langkas.

“Kita jangka pembersihan fasa kedua ini tamat sepenuhnya penghujung bulan ini. Kita cuba selesaikan dalam masa yang cepat kerana dikhuatiri hujan dan banjir semula.

“Baki 20 peratus kini tinggal di Sri Muda, Taman Kinrara, Hulu Langat dan Klang dengan melibatkan pembersihan longkang sahaja,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 30 Januari lalu, KDEBWM menjangkakan kerja pembersihan fasa kedua di kawasan terkesan banjir pada Disember selesai sepenuhnya pada Mei nanti.

KDEBWM merupakan syarikat Kerajaan Negeri yang mengurus sepenuhnya kutipan sampah domestik giat membersihkan kawasan terjejas banjir mulai 20 Disember tahun lalu secara berperingkat.

Bermula 8 Januari, syarikat itu melaksanakan pembersihan fasa dua yang menumpukan pembasmian kuman dan pembersihan parit tersumbat mengikut keadah teknologi efektif mikrobiologi (EM).

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.