Inisiatif

Terkini
18/4/24

Insentif RM1,000 untuk ibu bekerja

Setakat Mac lalu, seramai 3,850 ibu bekerja di Selangor menerima insentif MamaKerja berjumlah RM1,000. Kerajaan Negeri memberi insentif ini bagi meringankan beban kos penjagaan anak-anak.

Kerajaan Negeri menerima 5,595 permohonan insentif ini dengan bakinya sedang diteliti untuk pengesahan dokumen. Tinjauan kalangan pemohon mendapati kos penjagaan anak diakui menjadi cabaran terbesar bagi ibu bekerja.

Bagi membina sebuah negeri progresif yang mengangkat kebajikan rakyat, inisiatif ini sebahagian daripada agenda 'care-economy' yang rancak dikembangkan. Insya-Allah lebih banyak inisiatif kebajikan menyusul untuk pelbagai lapisan rakyat.

#KitaSelangor

May be an image of text that says 'Omama TATA INSENTIF RM1,000 UNTUK IBU BEKERJA DI SELANGOR #KitaSelangr'
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.