PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI

(BATU CAVES)

 TAJUK : SKIM SEROJA DAN PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG (PKK)

 27.       Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

 a)            Berapakah peruntukan bagi setiap komuniti yang melaksanakan program PKK dan Seroja?

 b)            Berapakah jumlah keseluruhan  yang digunakan setakat ini?

 c)            Apa rasional kerajaan negeri menetapkan peruntukan skim seroja dan PKK tidak selaras dari segi jumlah peruntukan dan insurans sedangkan kedua-duanya adalah dari kerajaan negeri?

 JAWAPAN:

 a)            Skim SEROJA telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri                         bilangan 17/2013 pada 19 Jun 2013 selaras dengan Manifesto Pilihan raya Pakatan Rakyat bagi tahun 2013 untuk menjadikan Skim SEROJA sebagai Projek Perintis Keselamatan Rakyat Negeri Selangor.   Lima  pangsapuri kos rendah telah terpilih sebagai projek perintis bagi mengkaji keberkesanan dan impak ke atas kesedaran penduduk dalam hal-ehwal keselamatan pangsapuri seperti berikut:

 

BIL.

NAMA PANGSAPURI

KAWASAN PBT

1.

Sri Era, Desa Latania

MBSA

2.

Puchong Permai Blok A27-A30

MPSJ

3.

Mawar Cempaka

MPK

4.

Laksamana Jaya A

MPS

5.

Megah Villa

MPSp

 Sehubungan dengan itu, sejumlah RM35,000.00 [Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Lima Ribu Sahaja] telah diperuntukkan melalui peruntukan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan sedia ada untuk pelaksanaan Skim SEROJA di pangsapuri terbabit seperti berikut:

          

i)     Peralatan Keselamatan [5 set untuk setiap pangsapuri]

 

Jenis Peralatan

Harga Satu Set

(RM)

Bilangan Set

Jumlah Kos

(RM)

Wisel

350

25

10,000.00

Cota Besi
Lampu suluh(chargeable)

 ii)    Peruntukan Geran Tahunan SEROJA 2013 (6 bulan).

 RM5,000.00 x 5 kawasan   = RM25,000.00.

 Selain itu, keberkesanan terhadap Skim SEROJA ini telah dipersetujui untuk peruntukan sejumlah RM1 juta bagi tahun 2014 sekiranya ia berupaya dilaksanakan.  

 b)            Perbelanjaan yang telah digunakan bagi pelaksanaan Program PKK di kalangan Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Komuniti India adalah kurang daripada 50% kerana ianya masih dalam peringkat pelaksanaan di mana terdapat banyak prosedur-prosedur serta peraturan yang ditetapkan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia)  yang perlu dipatuhi. Setakat ini , bagi program SEROJA sejumlah RM10,000.00 telah dibelanjakan untuk membeli set peralatan keselamatan dan telah diserahkan kepada JMB pangsapuri terlibat.   Manakala bagi baki sejumlah RM25,000.00 untuk geran tahunan SEROJA akan didepositkan dalam akaun JMB setelah kertas cadangan untuk penganjuran program keselamatan diterima lengkap daripada mereka.

 c)            Peruntukan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi PKK adalah sebanyak RM5,000.00 setiap Kampung dan setiap Komuniti India. Peruntukan ini adalah bertujuan untuk membeli barangan keperluan untuk menjalankan aktiviti serta tugasan dalam PKK seperti lampu suluh , jaket/ “vest” dan sebagainya. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak merangkumi pembiayaan insurans untuk.

Bagi setiap JKKK dan Komuniti India, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM10,000.00 setahun bagi menjalankan aktiviti serta program kemasyarakatan di kampung masing-masing yang  diselaraskan di Pejabat Daerah. Program ini termasuk program-program yang menyentuh aspek keselamatan yang juga menjadi tanggung jawab di bawah JKKK ( Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) sebelum pelancaran program PKK. Selaras dengan konsep hak milik strata, dalam Akta Hak milik Strata 1985 (Akta 318) tanggung jawab  menjaga pangsapuri adalah  dalam tempoh interim ( maksimum 3 tahun) supaya keselamatan pangsapuri dijaga oleh penduduk sendiri (self-monitoring) yang akan diambil alih melalui penubuhan Rukun Tetangga.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*