Kerajaan Negeri Selangor bakal menyediakan 150,000 dos vaksin percuma kepada pelajar berusia 12-17 tahun menerusi Program SelVAX Remaja. Mekanisme pelaksanaan sedang dimuktamadkan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Insiatif ini menyasarkan pelajar sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta sekolah jenis kebangsaaan Cina dan Tamil (SJKC & SJKT).