Zon Merah Baharu: Sepang dan Kota Samarahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi penambahan 2 zon merah, iaitu Sepang dan Kota Samarahan. PERTAMBAHAN ZON MERAH
Masih terdapat individu yang ingkar walaupun telah masuk hari ke-22 PKP.
Setakat hari ini, bilangan zon merah sudah meningkat menjadi 23 disebabkan ramai yang masih mengingkari PKP.
Oleh itu, saya harapkan orang ramai terutamanya warga Selangor terus duduk di rumah dan amalkan penjarakan sosial serta tingkatkan penjagaan kebersihan diri.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Perintah Kawalan Pergerakan boleh dibuat menerusi 03-88882010.
#DudukRumah
#KitaMestiMenang
#SelangorGempurCovid19