Inisiatif

Peristiwa
12/3/25
Isu
Negara
Selangor

Ziarah Ramadan di sekitar Hulu Selangor

Usai solat Zohor, saya meneruskan program Ziarah Ramadan di sekitar Hulu Selangor sepertimana yang telah saya laksanakan di Daerah Sabak Bernam sebelum ini.

Saya menziarahi rumah Puan Sharifah Baharuddin, yang terlantar akibat serangan strok dan penyakit darah tinggi.

Di rumah kedua, Puan Che Noraini Omar, yang berusia 74 tahun terlantar di katil dan tidak mempunyai waris, bergantung kepada ihsan serta bantuan penduduk sekitar untuk menguruskan keperluan hariannya.

Ziarah terakhir ke rumah Puan Rozita binti Abdullah, pesakit kanser dan menjalani rawatan kemoterapi.

Sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan mereka, saya menyerahkan bantuan wang tunai dan sumbangan bakul makanan hasil inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Zakat Selangor, Pegawai Daerah dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan diberi kesembuhan serta kesihatan yang baik, Insya-Allah

#KitaSelangor

#HuluSelangor

#Ramadan

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.