Yayasan Hijrah Selangor menyediakan tapak bazar Ramadan
Tahun ini, Yayasan Hijrah Selangor menyediakan tapak bazar Ramadan di Seksyen 7 dan Seksyen U3 membabitkan 62 peniaga. Menariknya, sistem bayaran tanpa tunai dilaksanakan sepenuhnya bagi memenuhi aspirasi negeri pintar.
Kerjasama daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan proses kelulusan dan memberi peluang perniagaan kepada rakyat. Sudah tentu usahawan naungan Hijrah Selangor akan diberi perhatian khusus bagi projek ini.