Warga Selangor Harus Peka Kepada Keadaan Semasa dan Tidak Panik
Assalamualaikum dan Salam sejahtera warga Selangor yang dikasihi,
Saya dan seluruh tenaga kerja kerajaan Selangor menyeru kepada Rakyat semua agar peka dengan keadaan semasa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dan usah panik.
Dapatkan maklumat terkini tentang #COVID19 dari sumber yang sah dan periksa kesahihan berita sebelum dikongsi.
Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan membantu mencegah penularan wabak ini. Layari amirudinshari.com/covid-19 untuk maklumat terkini. #SelangorGempurCovid19