Trend Kes Covid-19 dari MKN. Jumlah Kes Kumulatif, Aktif dan Discaj - 21 April
Assalamualikum dan salam sejahtera,
Ingin saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari berkongsi dengan para pelawat laman ini sebuah infografik dari MKN menunjukkan trend kes Covid-19 di Malaysia setakat 21 April, jam 12 tengah hari.
Menurut MKN, graf menunjukkan kumulatif kes discaj lebih tinggi berbanding kumulatif kes aktif (masih dirawat) selepas PKP Fasa 2.
Jumlah kes kumulatif juga hampir mendatar, hasil pengesanan sepanjang tempoh PKP 1 dan 2. Trend ini boleh berlaku sebaliknya jika kita mengingkari PKP.
Teruskan duduk rumah dan mematuhi PKP.
#COVID19
#StayAtHome