Tinjauan Pusat Kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi.
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e8c3551846b676950bd3598_amirudin-shari-com_Covid19_lawatankepusatkuarantin_1.jpg)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pagi ini saya berkesempatan meninjau keadaan salah satu pusat kuarantin di Selangor iaitu Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi. ILKAP menempatkan mereka yang dikuarantin setelah pulang dari luar negara dan dari kluster tabligh.
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e8c356024534a080fb35e71_amirudin-shari-com_Covid19_lawatankepusatkuarantin_2.jpg)
Pusat ini diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada para petugas yang memastikan kesihatan dan kebajikan peserta kuarantin sentiasa diurus rapi. Saya juga memberi jaminan Kerajaan Negeri akan memastikan bekalan makanan dan keperluan penduduk di Sungai Lui akan sentiasa disediakan.