Tinjauan Pelaksanaan PKPD dan vaksinasi di Mentari Court, Daerah Petaling
Semalam saya telah meninjau pelaksanaan PKPD di Mentari Court, Daerah Petaling. Pelaksanaan ini amat mencabar kerana penyediaan keperluan kepada hampir 17 ribu penduduk. Alhamdulillah, semua penduduk yang terlibat telah disaring dan kini fasa seterusnya iaitu pemberian vaksin.
Fasa pemberian vaksin ini dilaksanakan bagi memastikan para penduduk tidak perlu melalui PKPD sekali lagi yang akan mengakibatkan kesukaran pergerakan dan kehilangan pendapatan. Ini juga bagi memastikan penularan wabak dalam komuniti dapat ditamatkan.
Pelaksanaan pemberian vaksin di kawasan PKPD ini adalah yang pertama seumpamanya dan kita berharap agar model ini dapat dilaksanakan di beberapa kawasan lain mengikut kesesuaian.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dari pelbagai agensi persekutuan dan negeri yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD ini.