Terkini dari Majlis Keselamatan Negara - Jangkitan dan Kematian di Malaysia (28 Mac, 9 pagi)
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Selaku Menteri Besar Selangor, ingin saya sampaikan infografik statistik dari Majlis Keselamatan Negara bertarikh 28 Mac, jam 9 pagi.
Seramai 1,876 pesakit sedang dirawat dan 259 telah sembuh dan pulang ke rumah. Ayuh kita pertingkatkan usaha dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, walaupun pada hujung minggu - kerana virus tidak pernah cuti.
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#SelangorGempurCovid19