Media

COVID-19
13/5/20
Isu
Negara

TERKINI Dari KKM: PENCAPAIAN MALAYSIA MELANDAIKAN LENGKUNG (FLATTENED THE CURVE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi berita baik dari Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai pencapaian Malaysia dalam melandaikan lengkung jangkitan.

Syabas Malaysia dan ayuh kita teruskan usaha kita selama ini.

#KitaMestiMenang

#SelangorGempurCovid19

Dari FB KKM:

PENCAPAIAN MALAYSIA MELANDAIKAN LENGKUNG (FLATTENED THE CURVE)

Sejak dari awal wabak COVID-19, KKM telah memaklumkan kepada umum mengenai jumlah kes harian, jumlah kes kumulatif dan juga kes aktif. Jika dilihat pada kes kumulatif (garisan hijau), sememangnya jumlah kes kumulatif semakin meningkat namun kadar kenaikan didapati semakin perlahan. Ini memandangkan jumlah kes harian (garisan biru) juga adalah semakin berkurangan. Ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun (garisan kuning), sekaligus menunjukkan bahawa tindakan yang diambil setakat ini telah berhasil dalam melandaikan lengkung (flattened the curve).

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sebagai PKP 1, 2, 3, 4 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membantu memberi ruang bagi pihak Kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti dan tindakan Kesihatan Awam untuk membendung penularan COVID-19. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah pengawalan pintu keluar masuk antarabangsa, penyaringan dan persampelan individu yang berkenaan, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan juga pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.