Terima Kasih YB Chua Wei Kiat atas Sumbangan Peralatan ke Sekolah-sekolah Rawang
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dan seluruh pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ADN Rawang, YB Chua Wei Kiat atas sumbangan thermometer dan cecair pembasmi kuman yang didermakan kepada sekolah-sekolah sekitar Rawang.
Semoga bantuan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan masyarakat.
#SelangorGempurCOVID19
Dipetik dari FB YB Chua Wei Kiat:
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5f0ed44aa6abfebb25e91df4_amirudin-shari-com_Covid19_YBChuaWeiKiat_Derma.jpg)
admin | Pemberian Sumbangan Termometer Suhu & Cecair Pembasmi Kuman kepada Sekolah kawasan Rawang
Sebelum ini, pihak kami mendapati bahawa kekurangan bekalan termometer suhu dan cecair pembasmi kuman dalam pasaran.
Pihak kami berasa syukur kerana sempat membuat tempahan dan mendapat stok tersebut sebelum sesi persekolahan bermula.
Seramai 20 buah sekolah di kawasan Rawang telah mendapat sumbangan termometer suhu & cecair pembasmi kuman.
Berharap melalui bantuan ini dapat memudahkan pihak sekolah dan guru-guru mengawal pelajar pada sesi persekolahan.
Pihak kami juga menyeru supaya ibu bapa dapat mengingatkan anak-anak untuk mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa membersihkan tangan.