Terima Kasih Malaysia Airports Holdings Berhad dari SELangkah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mewakili pihak Kerajaan Selangor, STFC dan SELangkah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad atas penggunaan SELangkah di premis mereka.
Sebagai penghubung Malaysia dan dunia luar, sudah tentu Malaysia Airports terdedah dengan pelbagai kemungkinan terutamanya ketika ancaman wabak COVID-19 yang masih belum reda di persada dunia.
Terima kasih dan tahniah Malaysia Airports kerana melaksanakan SELangkah bagi premis anda. Bukan saja perniagaan dapat berjalan dengan selamat dan memenuhi SOP, malah SELangkah meringkaskan proses pendaftaran dengan efektif sekali.
#SelangorGempurCOVID19
#SELangkah