Inisiatif

COVID-19
15/4/20
Isu
Selangor
Bantuan

Terima Kasih dan Tahniah ADUN Kota Kemuning, Tuan Veraman Ganabatirau Atas Bantuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selaku Menteri Besar Selangor, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ADUN Kota Kemuning, YB Tuan Veraman Ganabatirau dan pasukan sukarelawannya atas bantuan yang dihulurkan kepada warga Kota Kemuning golongan B40 yang terjejas oleh pandemik yang melanda negara dunia saat ini.

Semoga jasa baik Tuan YB Veraman Ganabatirau dan pasukannya dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan moga Tuhan membalas jasa dan budi tuan puan sekalian.

#SelangorGempurCovid19

Dipetik dari FB YB V.Veraman:

Agihan bantuan barangan keperluan dapur masih diteruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kota Kemuning dan kini sudah masuk *Fasa ke-13* kepada 200 orang penerima Golongan B40 tetapi permintaan masyarakat semakin meningkat memandangkan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28hb April 2020.

Bagi pihak YB Adun, Tuan V. Ganabatirau, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang atas sokongan padu dan keprihatinan mereka. "Hanya Tuhanlah yg dapat membalas jasa dan bakti anda"

Pejabat Ahli Dewan Negeri
Dun Kota Kemuning

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.