Teras Ketiga Belanjawan Selangor 2024
Teras Ketiga dalam Belanjawan Selangor 2024 iaitu ‘Menaungi Kebajikan Rakyat’ merupakan tekad dan komitmen pentadbiran ini untuk terus menjamin kebajikan rakyat Negeri Selangor menerusi kerangka Iltizam Selangor Penyayang (ISP).
Bersesuaian dengan nama Selangor Darul Ehsan, perkataan Ihsan yang membawa maksud ‘berbuat baik, kebajikan’ dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, Kerajaan Negeri akan meneruskan ‘track record’ yang membela nasib rakyat serta memperjuangkan hak mereka yang memerlukan.