Talian Khas Kaunseling Covid-19 dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Saya dan kakitangan di Pejabat YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi nombor dan perkhidmatan kaunseling oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam membantu mereka yang merasa tertekan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.
Diharap warga Selangor kekal tenang dan menjalankan kehidupan di kediaman masing-masing dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
#KitaJagaKita
#StayAtHome
#SelangorGempurCovid19
