Suara

COVID-19
9/5/20
Isu
Selangor
STFC19

Tahniah SELangkah Atas Gandaan Pengguna Aplikasi.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya dan pasukan tenaga kerja di Pejabat Dato' Menteri BEsar Selangor ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memanfaatkan aplikasi SELangkah sejak ia dilancarkan 4 Mei lalu. Pengguna aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) naik hampir dua kali ganda hari ini apabila merekodkan 292,330 orang, berbanding 148,432 semalam.

Lima hari selepas diperkenalkan, aplikasi bagi mengesan kontak Covid-19 turut mendapat kepercayaan pelbagai pihak .Kerajaan Negeri berbesar hati kerana aplikasi berkenaan turut digunakan syarikat besar dan antarabangsa di premis serata Selangor.

Buat peringatan semua, konsep SELangkah bertujuan melindungi premis perniagaan, pelanggan dan pasukan barisan hadapan dengan mudah dan pantas.

Pemilik premis diminta mencetak dan mempamer kod QR di tempat perniagaan melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my manakala pelanggan pula perlu mengimbasnya.

Semoga bermanfaat.

#SELangkah

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.