Media

COVID-19
8/10/20
Isu
Selangor
STFC19

Taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 8 Oktober 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut disampaikan laporan dari STFC mengenai taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 8 Oktober 2020.

Menjadi Zon Kuning
⬇️Mukim Tanjung 12
⬇️Mukim Petaling

Selangor merekodkan 285 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 137 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.

Sebanyak 5 kematian direkodkan pada hari ini bagi seluruh Malaysia. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sekiranya terdapat ahli keluarga, kawan atau saudara mara yang sedang kuarantin, anda tidak perlu melawat mereka untuk apa jua alasan. Keutamaan kini adalah nyawa serta kebajikan masyarakat, buang sikap mementingkan diri sendiri.

Amalkan dan sentiasa saling berpesan untuk menjaga:
✅Penjarakan fizikal
✅Basuh tangan dengan kerap
✅Pakai face mask

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

NOTA:
Status zon = Dipengaruhi oleh jangkitan tempatan
Kolum 'Sedang Dirawat' = Jangkitan Tempatan + Kes Import B
Kolum 'Kes I.B.' = Kes Import B

#SelangorGempurCOVID19
#STFC

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.