Taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 30 September 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut disampaikan laporan oleh STFC mengenai taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 30 September 2020.
Selangor merekodkan 53 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 39 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.
Kadar Kebolehjangkitan (R0) COVID-19 bagi Selangor juga lebih tinggi daripada Sabah setakat ini. Hal ini sangat memerlukan kepatuhan SOP pada tahap tertinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor.
Jadi sentiasa amalkan dan berpesan kepada semua orang tentang:
✅Penjarakan fizikal
✅Pakai face mask
✅Basuh tangan secara kerap
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
*NOTA:
Hari ini;
Kolum 'Sedang Dirawat' = Jangkitan Tempatan + Kes Import B
Kolum 'Kes I.B.' = Kes Import B
Sebelum;
Kolum 'Sedang Dirawat' = Jangkitan Tempatan
Kolum 'Kes I.B.' = Kes Import B
#SelangorGempurCOVID19
#STFC