Media

COVID-19
10/9/20
Isu
Selangor
STFC19

Taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 10 September 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut disampaikan laporan oleh STFC mengenai taburan kes COVID-19 mengikut mukim di Selangor bertarikh 10 September 2020.

⏸Tiada perubahan warna zon

Bilangan kes aktif: 38 hari berturut-turut di bawah 5.

Jangkitan COVID-19 masih terkawal di Selangor. Sementara di Kota Setar, Kedah pula, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan melibatkan 366,787 penduduk di 28 mukim di daerah Kota Setar kerana penularan COVID-19 yang tidak terkawal. Manakala PKPD secara pentadbiran dikuatkuasakan di Penjara Tawau, Sabah melibatkan banduan, anggota dan ahli keluarga Jabatan Penjara Tawau.

Ambil pengajaran terhadap impak PKPD yang dilaksanakan ini kepada penduduk dan apakah kemungkinan aktiviti yang bakal tergantung sekiranya terjadi di Selangor. Maka terus berdisiplin untuk mematuhi SOP dan pengamalan norma baru.

Amalkan:
✅Penjarakan fizikal
✅Pakai face mask
✅Basuh tangan secara kerap

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCOVID19
‪#STFC‬

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.