Taburan COVID-19 mengikut Mukim di Selangor bertarikh 11 Oktober 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut disampaikan laporan dari STFC mengenai taburan COVID-19 di Selangor mengikut Mukim di Selangor bertarikh 11 Oktober 2020.
🟢Menjadi Zon Hijau
⬆️Mukim Semenyih
⬆️Mukim Rawang
Selangor merekodkan 278 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 109 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.
Sekiranya terdapat ahli keluarga, kawan atau saudara mara yang sedang kuarantin, anda tidak perlu melawat mereka untuk apa jua alasan. Keutamaan kini adalah nyawa serta kebajikan masyarakat, buang sikap mementingkan diri sendiri.
Amalkan dan sentiasa saling berpesan untuk menjaga:
✅Penjarakan fizikal
✅Basuh tangan dengan kerap
✅Pakai face mask
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
NOTA:
Status zon = Dipengaruhi oleh jangkitan tempatan
Kolum 'Sedang Dirawat' = Jangkitan Tempatan + Kes Import B
Kolum 'Kes I.B.' = Kes Import B
#SelangorGempurCOVID19
#STFC