Inisiatif

Terkini
10/5/23

Tabungan RM100 setahun sehingga berumur lima tahun.

Seramai 7,654 bayi yang lahir di Selangor pada tahun lepas hingga Mac lepas layak menerima tabungan RM100 setahun sehingga berumur lima tahun. Malah Iltizam Anak Selangor (ANAS) ini masih dibuka kepada lebih 20,000 bayi sehingga hujung tahun ini.

Sumbangan ini dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime selama 5 tahun bagi membantu persediaan pendidikan. Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM3 juta untuk menjayakan ANAS dengan sasaran 30,000 bayi menerima RM500.

Mana-mana bayi yang lahir di Selangor bermula 2022 dan menetap di negeri ini selain merupakan warganegara, boleh mohon di anas.yawas.com.my segera. Ini antara usaha Kerajaan Negeri menjaga kebajikan masa depan anak-anak kita.

#KitaSelangor

May be an image of slow loris and text that says '#KitaSelangor TABUNGAN RM100 SETIAP TAHUN BUAT ANAK KELAHIRAN SELANGOR Iltizam Anak Selangor (ANAS) masih dibuka kepada bayi-bayi baru lahir di Selangor sehingga hujung tahun Itizam Anak Selangor www.selangorpenyayang.com'
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.