Inisiatif

Terkini
19/1/23

Sumbangan kepada Kelantan dan Terengganu oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Sebanyak RM200,000 disumbangkan kepada Kelantan dan Terengganu oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sewaktu banjir Mac tahun lalu, MAIS turut menyumbang  RM300,000 kepada Kelantan dan Terengganu. Usaha menyantuni mangsa banjir ini menepati prinsip Selangor sebagai negeri penyayang.

Setiap negeri masing-masing menerima RM100,000 dalam bentuk wang tunai RM50,000 dan 500 pek makanan seperti beras, tepung, minyak dan gula. Semoga sumbangan ini memberi manfaat buat para saudara kita yang dihimpit kesusahan dan musibah.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

May be an image of 8 people
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.