Status Terkini Covid-19 di Malaysia oleh MKN - 23 April 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut saya dan pasukan Dato' Menteri Besar Selangor berkongsi makluman dari MKN mengenai status terkini Covid-19 di Malaysia setakat 23 April 2020.
Mengikut MKN, terdapat 71 kes baharu dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia adalah 5,603
Kes sembuh adalah 90 hari ini dan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 3,542
Jumlah keseluruhan kes di ICU ialah 42 (Seramai 21 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
Terdapat 2 kes kematian dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian 95.
Bersama kita harungi saat-sat getir ini bersama dan lakukan peranan masing-masing untuk #DudukRumah
#SelangorGempurCovid19