Status Terkini Covid-19 di Malaysia bertarikh 24 April
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsikan infografik dari Majlis Keselamatan Negara mengenai status terkini Covid-19 di Malaysia bertarikh 24 April 2020, jam 5 petang.
Menurut MKN melalui Telegram, jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 88 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,691 kes manakala jumlah pesakit discaj adalah seramai 121 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,663 kes
Pesakit di ICU adalah seramai 41 orang dan 18 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang yang menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 96 kes.
#SelangorGempurCovid19