Status Kesembuhan Covid-19 di Malaysia bertarikh 9 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami dari Pejabat Dato' Menteri Besar Negeri Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada petugas perubatan dan petugas barisan hadapan KKM.
Setakat 9 Jun, 281 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,975 (bersamaan 83.67%).
Semoga usaha anda semua diberkati-Nya, terima kasih dari kami warga Selangor.
#SelangorGempurCovid19
