Status Kesembuhan Covid-19 di Malaysia bertarikh 20 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi laporan status kesembuhan Covid-19 di Malaysia oleh KKM setakat 20 Mei 2020.
60 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,706 (bersamaan 81.41%).
Tahniah kepada petugas barisan hadapan KKM dan jangan kita semua pula alpa dan leka. Teruskan mematuhi PKPB dan batalkan rancangan merentas negeri buat agar keselamatan semua orang terjamin.
#SelangorGempurCovid19