Media

COVID-19
15/5/20
Isu
Negara

Status Kesembuhan Covid-19 di Malaysia bertarikh 15 Mei 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi status kesembuhan kes Covid-19 di Maaysia oleh KKM setakat 15 Mei 2020. Saya dan pasukan Dato' Menteri Besar Negeri Selangor ingin merakamkam ucapan tahniah dan terima kasih kepada para petugas KKM yang bertugas semenjak penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Hanya Tuhan dapat membalas jasa dan pengorbanan Tuan Puan sekalian.

Ayuh kita memainkan peranan kita dan elakkan dari keluar sekiranya tidak perlu. Bahaya wabak masih menanti di sana, jadi elakkan dengan mengamalkan norma baharu. Lindungi mereka yang tersayang.

#SelangorGempur Covid19

Dipetik dari FB KKM:

Terkini #covid19malaysia, 15 Mei 2020
88 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 5,439 (bersamaan 79.34%).

Tahniah kepada petugas barisan hadapan dan pihak yang bekerjasama dalam memastikan Malaysia berada dalam fasa penyembuhan.

Terima kasih atas pengorbanan anda.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.