Status Covid-19 Dunia bertarikh 2 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi status Covid-19 dunia bertarikh 2 Jun 2020 oleh KKM.
Negara Chile telah mencapai 105,158 kes dan menjadi negara yang ke-13 bagi negara yang mempunyai jumlah kes melebihi 100,000 kes.
Brazil juga telah mencapai kes melebihi 500,000 kes dan merupakan negara kedua tertinggi selepas negara Amerika Syarikat.
Kadar kesembuhan bagi COVID-19 di dunia pada hari ini telah pun mencapai 43%.
Ayuh warga Selangor dan Rakyat Malaysia, teruskan mematuhi PKPB demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua.
#KitaMestiMenang
#SelangorGempurCovid19
