Status Covid-19 di Malaysia setakat 3 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi status #COVID19Malaysia sehingga jam 4 petang pada 03 Mei 2020 oleh KKM.
Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,298 kes dengan kadar kesembuhan 70.07% bersamaan 4,413 kes dan kadar kematian 1.67% atau 105 kes kematian.
Jangan leka dalam mematuhi PKP dan menerapkan amalan seperti penjarakkan diri dan memakai topeng muka bila keluar.
#SelangorGempurCovid19
