Status Covid-19 di Malaysia bertarikh 4 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi status Covid-19 di Malaysia setakat 3 Mei 2020 , jam 4 petang oleh KKM.
Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,353 kes dengan kadar kesembuhan 70.58% bersamaan 4,484 kes dan kadar kematian 1.65% atau 105 kes kematian.
Teruskan mematuhi PKP dan sekiranya tiada sebab untuk di luar, kekal di dalam rumah kerana ianya merupakan tempat paling selamat untuk anda dan orang yang tersayang.
#SelangorGempurCovid19