Status Covid-19 Di Malaysia bertarikh 2 Mei 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selaku Menteri Besar Selangor ingin saya kongsikan infografik dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai status Covid-19 di Malaysia setakat 2 Mei 2020, jam 4 petang.
Hari ini dicatatkan 105 kes baharu , 116 kes sembuh dan tiada kematian.
Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,176 kes dengan kadar kesembuhan 70.05% bersamaan 4,326 kes dan kadar kematian 1.67% atau 103 kes kematian.
Mari kita teruskan mematuhi PKP dan jangan leka kerana kita masih jauh dari kemenangan.
#SelangorGempurCovid19